Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Jet RSAF dikerah tangani "potensi ancaman udara"

Feb 14, 2021 | 5:30 AM
1f51ee2a-c4cf-4b3d-9df7-3e6954e4653d
-

ANGKATAN Udara Republik Singapura (RSAF) menyatakan jet-jet pejuang tentera Singapura dikerah sebagai respons terhadap "potensi ancaman udara" pada pagi semalam.

"Sebahagian daripada anda yang mungkin terdengar jet-jet pejuang kami melakukan penerbangan pagi tadi.

"Jet-jet pejuang kami dikerah sebagai respons terhadap potensi ancaman udara," menurut RSAF dalam satu catatan Facebooknya.

Dalam pos yang sama, RSAF juga mengucapkan terima kasih kepada para anggota RSAF kerana sentiasa bersedia untuk mempertahankan ruang udara Singapura.

RSAF menyatakan para anggotanya sentiasa bersedia untuk mempertahankan ruang udara Singapura, agar "kita dapat menyambut perayaan dan menikmati hari percutian bersama insan-insan tersayang".

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg