Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Jewel Changi Airport dibuka rasmi

Apr 17, 2019 | 12:11 PM
RASMI DIBUKA: Seorang penumpang yang daftar masuk awal di Jewel Changi Airport pada 17 April 2019.
RASMI DIBUKA: Seorang penumpang yang daftar masuk awal di Jewel Changi Airport pada 17 April 2019. - Foto KEVIN LIM

JEWEL Changi Airport kini dibuka rasmi kepada orang ramai.

Sehingga 10 pagi tadi (17 April), kaunter daftar masuk awal telah memproses lebih 26 penumpang yang tiba beberapa jam sebelum penerbangan mereka untuk berkunjung ke kompleks 10 tingkat itu.

Antara mereka termasuk Encik Samir Chadha, 21 tahun, yang daftar masuk sekitar 10 pagi bagi penerbangannya ke Bangkok yang dijadual berlepas sekitar 12.55 petang dari Terminal 2.

Tambahnya, beliau sengaja datang ke Lapangan Terbang Changi awal untuk berkunjung ke Jewel.

Encik Sammy Estaban, 27 tahun, pula singgah di Jewel selepas tiba di Changi dari Korea Selatan sementara menanti penerbangannya pulang ke Filipina.

Warga Filipina itu berkata beliau merancang menghabiskan sekitar 10 jam di kompleks itu sebelum menaiki penerbangan Jet Airways ke Filipina dari Terminal 1.

Terletak bersebelahan Terminal 1, Jewel dihubungkan dengan Terminal 2 dan Terminal 3 menerusi travelator - laluan pejalan kaki yang bergerak secara mendatar.

Jewel antara lain mempunyai lebih 280 kedai serta cawangan makanan dan minuman.

Antara yang bakal menarik perhatian di sana juga termasuk air terjun setinggi 40 meter.

Sebanyak 26 syarikat penerbangan termasuk Singapore Airlines menawarkan khidmat daftar masuk awal di Jewel.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg