Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Jiran tumbuk dinding setiap kali wanita masak

Dec 2, 2024 | 3:58 PM
Cik Li, 70 tahun diugut oleh jirannya yang tidak benarkannya memasak.
Cik Li, 70 tahun diugut oleh jirannya yang tidak benarkannya memasak. - Foto SHIN MIN

Cik Li, 70 tahun, ialah seorang pesara yang sering memasak di rumah tetapi kegiatan biasa dalam rumah ini nampaknya menimbulkan kemarahan jirannya.

Penduduk tingkat 17 di Blok 536 Upper Cross Street itu mendakwa sejak 2019, jirannya kerap mengetuk dinding yang memisahkan mereka dan menimbulkan kekecohan apabila beliau memasak.

“Saya jarang makan di luar dan selalu memasak di rumah. Tetapi beliau berkata ia membuatkan flatnya terlalu panas dan memberitahu saya agar tidak memasak,” kata Cik Li kepada akhbar Shin Min Daily, sambil menambah bahawa ketukan itu hanya berlaku semasa waktu makan tetapi kekerapannya meningkat, terutama semasa pandemik.

Pada kira-kira jam 7 malam pada 12 November, Cik Li sedang menonton televisyen apabila ketukan di dinding bermula.

Beliau pergi ke flat jirannya untuk berdepan dengannya, tetapi berundur apabila jirannya didakwa mengugutnya dengan sebatang kayu.

“Saya sudah berkali-kali menghubungi polis sejak tahun lepas (2023), mengadu kepada jabatan berkaitan malah meminta bantuan daripada Majlis Bandaran tetapi bukan sahaja masalah itu tidak selesai, malah keadaan bertambah buruk dan dia mengugut saya, “Selagi kamu terus memasak, saya akan terus mengetuk...”,” kata Cik Li.

Kedua-dua jiran itu dijadualkan bagi sesi pengantaraan pada 30 November 2023, tetapi Cik Li berkata jirannya tidak hadir.

Jiran Cik Li enggan bercakap dengan media.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg