Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Johor ingin buka semula sempadan dengan Singapura 'dalam beberapa hari' lagi

Mar 18, 2020 | 3:30 PM
MAHU BUKA SEMULA SEMPADAN: Kerajaan negeri Johor berharap dapat membuka semula sempadan dengan Singapura dalam masa beberapa hari akan datang.
MAHU BUKA SEMULA SEMPADAN: Kerajaan negeri Johor berharap dapat membuka semula sempadan dengan Singapura dalam masa beberapa hari akan datang. - Gin Tay

KOTA ISKANDAR: Kerajaan negeri Johor pada Rabu (18 Mac) berkata ia berharap dapat membuka semula sempadan dengan Singapura dalam masa beberapa hari akan datang.

Menteri Besar Hasni Mohammad berkata ini akan dilakukan dengan pemeriksaan kesihatan yang lebih ketat di kedua-dua belah sempadan.

"Kami akan umumkan pelan pengurangan kesan semasa wabak Covid-19 ini.

"Antara kategori yang dikecualikan ialah mereka yang memegang pas kerja oleh Malaysia atau Singapura, pelajar yang menuntut di Singapura, mereka yang mempunyai kemahiran khusus, ahli perniagaan, mereka yang terlibat dalam logistik, dan lain-lain yang akan diumumkan tidak lama lagi," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat majlis eksekutif negeri.

Beliau berkata jawatankuasa khas yang diketuai oleh beliau, setiausaha negeri dan majlis keselamatan negeri akan membincangkan perkara itu pada Rabu.

Mereka juga akan mengadakan perbincangan dengan rakan sejawat di Singapura mereka pada keesokan harinya sebelum mengemukakan perkara itu kepada Kerajaan Persekutuan untuk membuat pengumuman. - THE STAR/ASIA NEWS NETWORK

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg