SETIAP tahun, pada hari-hari terakhir Ramadan, Joo Chiat Complex selalunya sibuk dan penuh dengan pengunjungf yang datang untuk membeli-belah.
Kebanyakkan mereka sama ada mencari pakaian tradisional atau hiasan buat Hari Raya pertama. Ada juga yang setakat mahu menikmati suasana Lebaran. Namun, tahun ini Joo Chiat Complex kelihatan lengang dengan kebanyakan kedainya ditutup disebabkan sekatan pemutus litar koronavirus Covid-19, walaupun ia tetap berhias Raya. Walaupun tempoh pemutus litar yang bermula awal April akan berakhir 1 Jun, kebanyakan sekatannya masih dilaksana kerana situasi Covid-19 belum berakhir.


Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg