Topik diikuti
Pergi ke BHkuJosephine: Kontrak keselamatan harus berdasarkan hasil, bukan jumlah pegawai
Josephine: Kontrak keselamatan harus berdasarkan hasil, bukan jumlah pegawai
Josephine: Kontrak keselamatan harus berdasarkan hasil, bukan jumlah pegawai
GUNA TEKNOLOGI: Cik Teo sedang mendengar taklimat mengenai penggunaan teknologi dalam bidang keselamatan sempena Sidang Industri Keselamatan di Marina Bay Sands semalam. - Foto BH oleh KHALID BABA -
Oct 4, 2018 | 5:30 AM
SISTEM pengawasan automatik yang boleh mengesan kegiatan luar biasa seperti perkelahian, telah dipasang di tujuh pusat beli-belah - sebahagian inisiatif bernilai $2.5 juta untuk membantu industri keselamatan menjadi lebih canggih.
Projek itu bertujuan membantu firma keselamatan membangun huraian baru untuk memenuhi keperluan khidmat keselamatan yang berubah-ubah, berlatarkan ancaman keselamatan dan jumlah bangunan yang bertambah di Singapura, lapor The Straits Times.
