Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Josephine: Laporan polis dibuat atas dakwaan palsu beliau hina masyarakat Melayu/Islam

Dakwaan asal pengguna TikTok sudah dipadam, diganti dengan permohonan maaf
Aug 12, 2024 | 4:54 PM
Satu kiriman oleh pengguna TikTok yang disebut sebagai “Mr XXX” mendakwa Menteri Penerangan dan Pembangunan Digital, Cik Josephine Teo, menghina masyarakat Melayu/Islam telah dipadamkan dan digantikan dengan “permohonan maaf”, dengan pengguna itu mengaku dakwaan awalnya “mungkin berita palsu”.
Satu kiriman oleh pengguna TikTok yang disebut sebagai “Mr XXX” mendakwa Menteri Penerangan dan Pembangunan Digital, Cik Josephine Teo, menghina masyarakat Melayu/Islam telah dipadamkan dan digantikan dengan “permohonan maaf”, dengan pengguna itu mengaku dakwaan awalnya “mungkin berita palsu”. - Foto TANGKAP LAYAR TIKTOK

Satu laporan polis telah dibuat berkaitan satu kiriman palsu baru-baru ini oleh seorang pengguna TikTok yang mendakwa bahawa Menteri Penerangan dan Pembangunan Digital, Cik Josephine Teo, telah menghina masyarakat Melayu/Islam.

Menyatakan demikian dalam catatannya pada malam 12 Ogos, Cik Teo berkata laporan polis dibuat berdasarkan betapa serius dakwaan palsu itu.

“Ramai daripada anda telah meminta agar satu tindakan lebih keras diambil. Berdasarkan betapa serius dakwaan palsu itu, satu laporan polis telah dibuat,” kata Cik Teo yang menambah beliau mendapat sokongan dan nasihat daripada ramai orang berkaitan kes tersebut.

Dalam satu kiriman awal Facebook beliau pada 12 Ogos, Cik Teo berkata beliau dimaklumkan tentang kiriman yang mendakwa dirinya menghina orang Melayu/Islam itu oleh rakan-rakannya, termasuk Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, dan Anggota Parlimen (AP) GRC Chua Chu Kang, Encik Zhulkarnain Abdul Rahim.

Cik Teo berkata dakwaan dalam kiriman itu adalah palsu, dan kandungan penuh emosi seperti itu boleh dengan mudah mempengaruhi pendapat orang ramai.

Kiriman asal oleh pengguna TikTok itu sudah dipadamkan dan digantikan dengan “permohonan maaf”, dengan pengguna itu mengaku dakwaan awalnya “mungkin berita palsu”.

Enggan mengulangi kata-kata yang dilontarkan pengguna TikTok itu mahupun mendedahkan nama akaun TikToknya kerana “melakukan demikian hanya akan menyebarkan kepalsuan”, kata Cik Teo.

Beliau menambah bahawa mereka yang kenal rapat dengan dirinya memahami nilai-nilai beliau dan tahu beliau tidak mungkin membuat kenyataan sedemikian.

“Ada pepatah: “Kebohongan telah mengembara separuh jalan di seluruh dunia sementara kebenaran masih mengikat tali kasutnya,” kata Cik Teo.

“Meskipun permohonan maaf dibuat, kepalsuan telah tersebar luas di TikTok dan WhatsApp, dan saya mendengar dia menggunakan taktik yang serupa terhadap rakan sekerja lain. Catatan yang penuh emosi sebegitu mudah mempengaruhi pendapat. Adalah penting untuk meluangkan sedikit masa untuk mengesahkan kebenaran sebelum bertindak balas atau berkongsi.

“Saya berterima kasih kepada mereka yang percaya kepada saya dan membawa ini kepada perhatian saya,” tambah beliau lagi.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg