Topik diikuti
Pergi ke BHkuJosephine Teo akan ambil alih tanggungjawab Lawrence Wong di PCF
Josephine Teo akan ambil alih tanggungjawab Lawrence Wong di PCF
Josephine Teo akan ambil alih tanggungjawab Lawrence Wong di PCF
MENTERI Perhubungan dan Penerangan, Cik Josephine Teo, telah dilantik sebagai pengerusi majlis pengurusan Yayasan Masyarakat PAP (PCF) yang baru.
Beliau akan mengambil alih daripada Menteri Kewangan, Encik Lawrence Wong yang baru-baru ini dinaikkan pangkat kepada Timbalan Perdana Menteri (DPM).
Cik Teo akan memegang jawatan itu pada 13 Jun, hari yang sama di mana jawatan DPM bagi Encik Wong akan berkuat kuasa.
PCF, yang mengumumkan langkah itu pada Khamis (9 Jun), berkata Cik Teo juga akan menyandang jawatan pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Amal PCF pada hari itu nanti.
Encik Wong telah menerajui yayasan itu, cabang sosial dan amal Parti Tindakan Rakyat (PAP), serta jawatankuasa itu sejak 2016.
Cik Teo telah berada dalam jawatankuasa eksekutif PCF selama 12 tahun sebagai ahli dan menjadi pengerusinya dari 2016 hingga 2020.
Pada Oktober 2020, beliau dilantik sebagai timbalan pengerusi majlis pengurusan PCF.
Kenyataan PCF itu juga berkata di bawah kepimpinan Encik Wong, pengendali prasekolah PCF Sparkletots meningkatkan kapasitinya di semua peringkat umur dan mengembangkan perkhidmatannya di lebih banyak kawasan seperti Marsiling dan Punggol Shore.
Semasa tempoh perkhidmatannya, PCF juga mengembangkan kriterianya untuk Dana Permulaan PCF (PCF Headstart Fund) pada 2019 untuk membantu lebih ramai keluarga yang memerlukan.
