Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Jual rokok haram: 5 warga Bangladesh ditangkap

Oct 7, 2023 | 7:02 PM
BELI ROKOK HARAM: Individu yang disyaki terlibat dalam transaksi pembelian dan penjualan Rokok Tidak Dibayar Duti (DUC) di luar dormitori di Mandai Estate.
BELI ROKOK HARAM: Individu yang disyaki terlibat dalam transaksi pembelian dan penjualan Rokok Tidak Dibayar Duti (DUC) di luar dormitori di Mandai Estate. - Foto ZAOBAO

Di kala senja melabuhkan tirai, penjual Rokok Tidak Dibayar Duti (DUC) mula timbul dekat beberapa dormitori pekerja.

Walaupun salah di sisi undang-undang, penjual sedemikian nekad menjual rokok haram itu kepada pelanggan, yang rata-rata terdiri daripada pekerja migran yang menetap di dormitori berhampiran.

Namun, sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga.

Operasi yang dijalankan Kastam Singapura menjalankan operasi di dua lokasi – Mandai Estate dan Tuas Avenue 1 – secara serentak pada Rabu berakhir dengan lima warga Bangladesh berusia antara 20 dengan 37 tahun ditangkap kerana menjual rokok haram.

Operasi di Mandai Estate itu turut disertai Berita Minggu (BM) dari jarak yang selamat.

Aktiviti penjualan rokok haram bermula sekitar 7.15 malam apabila pekerja migran mula pulang dari kerja, dengan dua individu berlegar di bawah pokok untuk menyembunyikan perbuatan mereka.

Sekitar 8.45 malam, Kastam Singapura menyerbu masuk dan menangkap dua suspek yang menjual rokok haram itu.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg