Jualan Raksasa S'pura dibatalkan tahun ini

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Jualan Raksasa S'pura dibatalkan tahun ini

May 4, 2020 | 8:02 AM

Jualan Raksasa S'pura dibatalkan tahun ini

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
25490e88-32cd-40f7-94f4-90cd931c1193
- FOTO FAIL THE STRAITS TIMES

JUALAN Raksasa Singapura (GSS) telah dibatalkan tahun ini.

Menurut penganjur acara itu, Persatuan Peruncit Singapura (SRA), mereka akan berehat tahun ini disebabkan pandemik Covid-19.

Ini merupakan kali pertama acara yang selalunya berlangsung dari Jun hingga Ogos itu tidak akan diadakan sejak 26 tahun lalu.

Pengarah eksekutif SRA, Cik Rose Tong, berkata acara itu akan kembali tahun depan untuk menawarkan Pengalaman Singapura yang Hebat kepada penduduk setempat dan pelancong, baik di dalam talian mahupun secara langsung.

Acara itu biasanya diadakan sekitar waktu cuti sekolah dan ramai orang melancong.

Namun sebagai sebahagian langkah memutus rantaian jangkitan koronavirus itu di sini, tempoh pemutus rantaian jangkitan kini dilaksana sehingga 1 Jun sementara Singapura turut melarang pengunjung jangka pendek masuk ke negara ini.

Ini mungkin menjejas acara itu, dengan peruncit lazimnya menawarkan pelbagai promosi dan diskaun sepanjang ia berlangsung.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg