Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Jumlah kebakaran kenderaan merosot ke kadar terendah dalam sedekad

Apr 4, 2021 | 8:21 PM
Kereta kepunyaan Encik Lester Cher ini telah terbakar semasa beliau memandu di Lebuhraya Bukit Timah pada 6 Mac lalu. Jumlah kebakaran kenderaan semakin berkurangan di Singapura, menurut perangkaan SCDF.
Kereta kepunyaan Encik Lester Cher ini telah terbakar semasa beliau memandu di Lebuhraya Bukit Timah pada 6 Mac lalu. Jumlah kebakaran kenderaan semakin berkurangan di Singapura, menurut perangkaan SCDF. - Lester Cher

Jumlah kebakaran kenderaan di Singapura semakin merosot, menurut perangkaan Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF).

Perangkaan terkini menunjukkan jumlah kebakaran kenderaan merosot kepada 153 tahun lalu, iaitu kadar terendah sejak sedekad.

Ini berbanding 195 pada tahun sebelumnya dan 221 pada 2018, menurut laporan The Straits Times.

SCDF berkata perangkaan pada tahun ini turut susut, dengan 24 kenderaan terbakar dalam dua bulan pertama tahun ini - berbanding 43 kes pada tempoh sama tahun lalu dan 38 pada tempoh sama 2019.

Kebanyakan kejadian ini berlaku semasa kenderaan sedang bergerak di jalan raya dan lazimnya disebabkan faktor seperti kenderaan terlalu panas dan masalah elektrikal dalam enjin, jelas SCDF.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg