Premium
Jumlah pelancong ke Singapura naik tahun lalu
Jumlah perbelanjaan pengunjung berkurang 6.8 peratus
Mar 1, 2016 | 5:30 AM

KEKAL TARIKAN PELANCONG: STB akan terus berusaha mengekalkan Singapura sebagai destinasi pelancongan yang menarik termasuk meningkatkan jumlah perbelanjaan oleh pelancong. - Foto fail -
JUMLAH kedatangan pelancong ke Singapura meningkat sebanyak 0.9 peratus kepada 15.2 juta, namun dari segi resit pelancongan pula, jumlahnya merosot sebanyak 6.8 peratus kepada $22 bilion tahun lepas.
Pengurangan jumlah kedatangan pelancong bagi urusan perniagaan, mesyuarat, insentif, konvensyen dan pameran (BTMICE) dan perbelanjaan merupakan sebab utama penurunan resit pelancongan.

