Topik diikuti
Pergi ke BHkuJumlah penduduk Singapura 5.54 juta
Jumlah penduduk Singapura 5.54 juta
Sep 30, 2015 | 3:28 PM
Jumlah penduduk Singapura 5.54 juta

-
SINGAPURA kini mempunyai jumlah penduduk seramai 5.54 juta orang pada Jun lalu - satu pertumbuhan 1.2 peratus berbanding Jun tahun lalu.
Laporan Divisyen Kependudukan dan Bakat Nasional (NPTD) berkata, kadar pertumbuhan itu merupakan yang terendah dalam lebih sedekad.
Ini sebahagiannya disebabkan oleh kemerosotan yang berterusan dalam pertumbuhan tenaga kerja pekerja asing.
Tahun lalu, kadar pertumbuhan penduduk adalah sekitar 1.3 peratus.
Jumlah penduduk Singapura itu merangkumi 3.38 juta warga; 530,000 penduduk tetap (PR) dan 1.63 juta bukan penduduk.
