Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Jumlah pengunjung River Hongbao dijangka capai rekod tertinggi

Jan 7, 2023 | 5:30 AM
PAMERAN PANEL: Pihak media menyaksikan pameran panel yang menyorot kegiatan khas bagi acara River Hongbao tahun ini semasa satu sidang media di Persekutuan Persatuan-Persatuan Suku Kaum Cina Singapura (SFCCA) semalam. - Foto BH oleh KEVIN LIM
PAMERAN PANEL: Pihak media menyaksikan pameran panel yang menyorot kegiatan khas bagi acara River Hongbao tahun ini semasa satu sidang media di Persekutuan Persatuan-Persatuan Suku Kaum Cina Singapura (SFCCA) semalam. - Foto BH oleh KEVIN LIM -

JUMLAH pengunjung bagi acara River Hongbao 2023 di Gardens by the Bay tahun ini dijangka capai rekod tertinggi, dengan kemasukan percuma serta kelonggaran sekatan Covid-19.

Sambutan tahunan Tahun Baru Cina akan berlangsung selama sembilan hari dari 20 hingga 28 Januari, kata jawatankuasa penganjur acara itu semalam.

Pintu akan dibuka pada 6.30 petang pada 20 dan 21 Januari, dan pada 2.30 petang pada hari-hari lain.

Ditanya mengenai langkah kawalan kumpulan, pengerusi Program River Hongbao, Encik Perng Peck Seng, berkata Gardens by the Bay merupakan ruang yang sangat besar dan acara itu akan dibuka bagi tempoh yang lama setiap hari.

"Tidak perlu terlalu bimbang, tidak ada kemungkinan kawasan itu mencapai lebihan kapasiti... (dan) kawasan sekitar River Hongbao merupakan ruang terbuka," katanya dalam bahasa Mandarin.

"Tetapi kami juga mempunyai kakitangan yang cukup untuk menjaga ketenteraman... Kami juga mempunyai beberapa ratus relawan setiap malam, justeru itu kami telah membuat persediaan yang cukup," tambah beliau.

Gardens by the Bay boleh menampung sehingga 50,000 orang, kata Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Gardens by the Bay, Encik Felix Loh.

River Hongbao akan terus diadakan di Gardens by the Bay dari 2024 hingga 2026, kata presiden Persekutuan Persatuan-persatuan Suku Kaum Cina Singapura (SFCCA), Encik Thomas Chua.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg