Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Jumlah penumpang Lapangan Terbang Changi 2023 naik kepada 86% dari tahap pra-Covid

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Jumlah penumpang Lapangan Terbang Changi 2023 naik kepada 86% dari tahap pra-Covid

Jan 24, 2024 | 07:30 PM



Kira-kira 58.9 juta penumpang melalui Lapangan Terbang Changi pada 2023, menandakan pemulihan 86 peratus tahap trafik yang disaksikan sebelum pandemik Covid-19.

Angka ini juga menggambarkan peningkatan 83 peratus daripada 32.2 juta penumpang yang dicatatkan pada 2022.

Sebelum wabak melanda pada 2019, lapangan terbang itu telah menyaksikan 68.3 juta pergerakan penumpang, lapor The Straits Times.


Kumpulan Lapangan Terbang Changi (CAG) mendedahkan perangkaan ini pada 24 Januari dan menekankan peningkatan ketara dalam perjalanan udara.

Lapangan terbang itu telah mengendalikan kira-kira 328,000 penerbangan pada 2023 – hampiri 382,000 penerbangan pada 2019.

Antara Oktober dan Disember 2023, terdapat 16.1 juta penumpang, melepasi 90 peratus paras prapandemik.

Disember merupakan bulan paling sibuk, menampung 5.8 juta penumpang.

Hari paling sibuk ialah pada 22 Disember, Jumaat sebelum Krismas, dengan 203,000 penumpang melewati terminalnya.

Operasi penerbangan pada Disember sahaja menyumbang 30,400 pendaratan dan berlepas.

CAG menyatakan bahawa semua kawasan yang bersambungan dengan Lapangan Terbang Changi mengalami peningkatan trafik penumpang positif, terutama dengan pertumbuhan mencapai lebih 25 peratus berbanding tahun 2019 di Amerika Utara.

Wilayah Eropah, Pasifik Barat Daya dan Asia Selatan hampir pulih sepenuhnya, dengan jumlah penumpang melebihi 90 peratus daripada angka prapandemik.

Asia Timur Laut menyaksikan trafik penumpang meningkat empat kali ganda berbanding tahun sebelumnya.

Ini berikutan pelonggaran sekatan Covid-19 China dan langkah izin semula kemasukan tanpa visa untuk warga Singapura, dengan pengaturan bebas visa bersama selama 30 hari dirancang dilancarkan pada awal 2024.

Asia Tenggara menyusul dengan pertumbuhan trafik penumpang sebanyak 72 peratus dari tahun ke tahun.

Lima pasaran teratas untuk Lapangan Terbang Changi pada 2023 ialah Indonesia, Malaysia, Australia, Thailand dan India.

Antaranya, China, Jepun dan Korea Selatan menunjukkan pertumbuhan terpantas berbanding 2022.

Laluan yang paling kerap dikunjungi termasuk penerbangan ke Kuala Lumpur, Bangkok, Jakarta, Denpasar di Bali dan Manila.

Walaupun terdapat trend positif dalam pergerakan penumpang, aliran kargo di Lapangan Terbang Changi merosot 6 peratus di tengah-tengah cabaran ekonomi global dan tekanan inflasi.

Namun, lapangan terbang itu meneruskan semula sambungan ke lebih 10 bandar dan memulihkan hampir 90 peratus rangkaian bandar prapandemik.


Lapangan Terbang Changi kini merupakan lapangan terbang kelima paling sibuk di dunia berdasarkan kapasiti tempat duduk.

Naib presiden eksekutif untuk hab udara dan pembangunan kargo di CAG, Encik Lim Ching Kiat, berkata: “Kami melangkah ke 2024 dengan harapan dapat memulihkan sepenuhnya tahap ketersambungan dan trafik Lapangan Terbang Changi sebelum Covid-19.”

Pada 2023, Changi mengalu-alukan tiga syarikat penerbangan penumpang baharu: Air Macau, syarikat penerbangan Malaysia Firefly, dan syarikat penerbangan Indonesia, TransNusa.


Sehingga Januari 2024, 93 syarikat penerbangan mengendalikan lebih 6,700 penerbangan mingguan, menghubungkan Singapura ke 154 bandar di 49 negara.


Ini menunjukkan penurunan sedikit daripada Januari 2020 apabila lebih 100 syarikat penerbangan mengendalikan sekitar 7,400 penerbangan mingguan menghubungkan Singapura ke lebih 170 bandar di sekitar 50 negara.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >