Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Jumlah pusat undi dinaikkan; calon tidak sihat boleh hantar wakil pada Hari Pencalonan: ELD

Jun 8, 2020 | 5:04 PM
Jabatan Pilihan Raya (ELD) berkata jumlah pusat mengundi akan dinaikkan daripada 880 kepada 1,100. - Foto FAIL ST
Jabatan Pilihan Raya (ELD) berkata jumlah pusat mengundi akan dinaikkan daripada 880 kepada 1,100. - Foto FAIL ST -

LEBIH banyak pusat mengundi akan diperkenalkan bagi mengurangkan jumlah pengundi di setiap pusat mengundi.

Sementara itu, calon yang tidak sihat boleh menghantar wakil untuk mengemukakan dokumen pencalonan pada Hari Pencalonan, kata Jabatan Pilihan Raya (ELD).

Demikian adalah antara garis panduan, yang diumumkan ELD menerusi satu sidang akhbar maya pada Isnin (8 Jun), untuk melindungi calon pilihan raya dan pengundi di tengah-tengah pandemik Covid-19.

Pengundi, terutamanya warga tua, digalak untuk mengundi pada tempoh dua jam yang ditetapkan walaupun mereka dibenarkan mengundi pada bila-bila masa.

ELD berkata jumlah pusat mengundi akan dinaikkan daripada 880 kepada 1,100 manakala jumlah pengundi di setiap pusat mengundi akan dikurangkan kepada purata 2,400 daripada 3,000 orang.

Langkah keselamatan lain seperti memeriksa suhu badan, penjejakan kontak, mengamalkan jarak sosial dan kebersihan - menggunakan sarung tangan yang dipakai buang bagi menggunakan pena khas untuk menanda pangkah di kertas undi - juga akan ditetapkan.

Pilihan raya umum Singapura harus diadakan selewat-selewatnya 14 April 2021.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg