Topic followed successfully
Go to BHkuJumlah 'rider' meningkat, saingan jadi lebih ketat
Jumlah 'rider' meningkat, saingan jadi lebih ketat
Jumlah 'rider' meningkat, saingan jadi lebih ketat
DALAM sehari, penghantar makanan sambilan GrabFood, Encik Muhammad Arsyad Omar, 25 tahun, boleh menerima 20 pesanan makanan sehari sebelum sekatan Covid-19 dilonggarkan.
Tetapi, kini keadaan agak berbeza selepas kebanyakan sekatan dilonggarkan.
"Dulu boleh dapat 20 pesanan (ketika sekatan masih ketat). Sekarang, maksimum saya boleh dapat 13 hingga 15 pesanan. Susah nak dapat 20 pada waktu sekarang.
"Dulu bila saya buat di Causeway Point, saya boleh dapat pesanan dengan mudah, tetapi sekarang bilangan penghantar makanan dah naik dan susah nak dapat order.
"Saya juga dapat tahu dari orang lain mereka pun cakap tak banyak order kerana ramai rider," katanya, yang menambah bahawa penghantar makanan lain yang ditemui turut berkongsi pendapat yang sama apabila sekatan dilonggarkan secara beransur-ansur.
Pihak Grab tidak berkongsi maklumat sekiranya terdapat penambahan penghantar makanan sewaktu tempoh ini.
Menurut foodpanda pula, bilangan penghantar makanan syarikat itu secara amnya kekal konsisten walaupun selepas sekatan dilonggarkan.
Sebahagian besar penghantar makanan foodpanda adalah pekerja sementara, dan mereka mempunyai fleksibiliti dan autonomi untuk masuk dan keluar dari kumpulan mengikut kesesuaian mereka.
Encik Arsyad, yang berbasikal untuk menghantar makanan, memulakan pekerjaan ini sejak akhir 2019 setelah tamat Perkhidmatan Negara (NS) sementara menanti untuk mulakan pendidikan diplomanya dalam jurusan grafik gerakan di Politeknik Nanyang pada tahun berikutnya.
Setelah sekolah bermula pada masa yang sama ketika pandemik bermula, beliau melakukan pekerjaan ini secara sambilan di daerah Woodlands atau utara.
"Masa saya baru bermula, saya baru belajar tentang insentif, bagaimana nak dapat pesanan, mana nak hantar pesanan. Secara amnya semua baik. Pada mulanya, pesanan okaylah. Lama-lama banyak pesanan. Bila pandemik bermula, lebih kurang sama. Pesanan tak putus-putus. Yelah, orang di rumah tak boleh keluar, kan? Kita ada peluang untuk dapatkan lebih banyak pesanan," terang pelajar tahun tiga itu.
Beliau juga perasan munculnya ramai 'muka-muka baru' ketika pandemik bermula.
Apabila sekatan mula dilonggarkan secara beransur-ansur sehinggalah Ramadan lalu, beliau memerhatikan bahawa aliran pesanan 'macam lambat, macam kena jalan-jalan untuk tunggu pesanan.'
Tambahnya, beliau ada kalanya perlu tunggu lebih lama untuk dapatkan jumlah pesanan yang sama seperti dahulu ketika sekatan lebih ketat dilaksanakan.
Beliau, yang sebelum ini pernah bekerja sambilan di restoran-restoran makanan segera, pada awalnya melakukan pekerjaan ini sebagai sumber duit poketnya, tetapi kini sudah jatuh cinta dengan pekerjaan ini yang fleksibel dan "tidak bekerja di bawah orang lain".
Bukan itu sahaja, beliau merasakan tidak semua orang boleh lakukan pekerjaan ini.
"Kita perlu beritahu diri kita bahawa hujan atau tidak, kita perlu tetap melayani pelanggan. Saya suka berkhidmat kepada orang-orang yang tinggal di kejiranan saya. Orang ingat kerja ini 'dah buat, dapat duit, dah'.
"Tapi, orang tak faham pekerja penghantaran Grab bekerja kuat untuk memberi khidmat untuk anda. Orang tak nampak,'' katanya.
"Dulu boleh dapat 20 pesanan (ketika sekatan masih ketat). Sekarang, maksimum saya boleh dapat 13 hingga 15 pesanan. Susah nak dapat 20 pada waktu sekarang... Saya juga dapat tahu dari orang lain mereka pun cakap tak banyak order kerana ramai 'rider'." - Encik Muhammad Arsyad Omar, penghantar makanan sambilan GrabFood.
