Jumlah tempat berteduh bagi gelandangan cukup dalam tempoh Covid-19
Premium
Jumlah tempat berteduh bagi gelandangan cukup dalam tempoh Covid-19
Apr 25, 2020 | 5:30 AM
PERBINCANGAN DALAM TALIAN: Encik Desmond Lee (atas, plaing kiri) mengadakan perbincangan menerusi sidang video bersama rakan dalam rangkaian Peers pada 22 April. - Foto FACEBOOK/ DESMOND LEE -
MENTERI Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF) telah mengundang pertubuhan dan rakan Rangkaian Rakan Mendekati dan Memperkasa Gelandangan (Peers) untuk menyediakan lebih banyak Tempat Tidur Selamat (S3P) bagi golongan yang tidak mempunyai tempat berteduh.
Sejauh ini, 35 pertubuhan telah tampil untuk turut serta dan menawarkan tempat dan sumber untuk membantu golongan gelandangan, kata Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga, Encik Desmond Lee, dalam satu catatan di Facebook.

