Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Jumlah tempat duduk yang ditawar: Scoot atasi SilkAir

Nov 20, 2017 | 1:14 PM
e4766b6a-ed23-4857-9d0f-58e5c3dbb8cf
- SCOOT

TEMPAHAN tempat duduk bagi kelas ekonomi dalam penerbangan Singapore Airlines (SIA) mungkin bakal menjadi lebih sukar pada masa depan tatkala syarikat penerbangan premium itu memberi laluan kepada penerbangan bajet, Scoot, untuk terbang lebih tinggi.

Dalam masa sesingkat lima tahun, Scoot, yang mengendalikan penerbangan jarak sederhana dan jarak jauh, tidak hanya mengatasi penerbangan serantau kumpulan itu iaitu SilkAir, malah, ia kini sekitar sepertiga besarnya seperti SIA dalam pasaran ekonomi.

Ini berdasarkan jumlah tempat duduk yang ditawarkan, mengikut data susunan perunding industri, OAG.

Menurut OAG, tahun ini, Scoot bakal menawarkan hampir 7.5 juta tempat duduk - lebih tiga kali ganda jumlahnya daripada yang ditawarkan pada 2014 - sementara SilkAir akan berkembang sebanyak kira-kira 25 peratus kepada lebih 6 juta tempat duduk.

SIA pula akan melihat inventorinya menyusut sekitar 3 peratus dari 2014, kepada 21.3 juta tempat duduk tahun ini.

Penyesuaian kapasiti itu adalah sebahagian daripada strategi menyeluruh SIA untuk menangani persaingan yang semakin sengit daripada semua sudut.

Scoot dengan kos dasar yang lebih rendah, misalnya, lebih sesuai daripada SIA untuk bersaing dalam pasaran ekonomi dan kos rendah.

Bagaimanapun, ini tidak bermakna penerbangan premium itu tidak bersaing dalam segmen ekonomi, ujar ketua pegawai eksekutif SIA, Encik Goh Choon Phong berulang kali.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg