Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Jumlah tipu sewa rumah naik kepada 979 pada 2022

May 10, 2023 | 5:30 AM
CIK SUN XUELING
CIK SUN XUELING -

BILANGAN penipuan sewa rumah yang dilakukan melalui platform dalam talian, seperti platform e-dagang dan platform media sosial, meningkat daripada 192 kes pada 2021 kepada 979 pada 2022.

Demikian dedah Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Sosial dan Keluarga), Cik Sun Xueling, dalam jawapan kepada soalan yang diajukan Cik Yeo Wan Ling (GRC Pasir Ris-Punggol).

Cik Sun berkata kes-kes penipuan sewa rumah sedemikian biasanya melibatkan penipu yang menyamar sebagai ejen hartanah, dan senaraikan penyewaan rumah di platform dalam talian.

Penipu akan menyamar sebagai ejen hartanah yang sah dengan menghantar gambar kad perniagaan ejen hartanah yang sah kepada mangsa, serta gambar atau video unit rumah yang akan disewakan.

Terdapat juga kes di mana penipu menyamar sebagai pemilik rumah.

Mangsa kemudian akan hubungi penipu melalui nombor telefon pada senarai itu.

Penipu akan beritahu mangsa bahawa mereka perlu bayar deposit untuk melihat atau menyewa unit tersebut.

Namun, setelah mangsa memindahkan wang, penipu tersebut tidak dapat dihubungi lagi, kata Cik Sun.

"Bagi penyewaan rumah, kami menyarankan orang ramai melayari platform dalam talian yang perniagaan utamanya adalah dalam penyewaan hartanah seperti PropertyGuru dan lain-lain, dan bukan ke platform dalam talian seperti Facebook atau Carousell, yang perniagaan utamanya bukan dalam ruang sewa hartanah.

"Yang paling penting ialah mengesahkan bahawa ejen hartanah yang dihubungi adalah benar dan sah," kata Cik Sun.

Ini boleh dilakukan dengan melihat sama ada nombor telefon yang diberikan terdaftar dalam Daftar Awam Majlis Agensi Hartanah (CEA).

"Jika nombor telefon itu tidak menunjukkan nama ejen hartanah itu atau ia menunjukkan 'tiada hasil carian', maka ini bermakna ejen hartanah itu penipu dan senarai sewa rumah yang anda nampak itu tidak benar," tegas beliau.

Cik Yeo juga bertanya sama ada Kementerian Ehwal Dalam Negeri (MHA) akan mempertimbangkan untuk memperkenalkan lebih banyak perlindungan bagi pemilik rumah daripada liabiliti apabila rumah mereka digunakan dalam penipuan sedemikian.

Cik Sun berkata pemilik rumah seperti itu tidak akan dihukum melainkan mereka terlibat dalam penipuan.

Dalam pada itu, pihak polis bekerjasama dengan platform dalam talian untuk menghapuskan akaun dan iklan yang curigakan, tambah Cik Sun.

Polis juga bekerjasama dengan CEA untuk mengeluarkan nasihat berkaitan penipuan sewa rumah di media sosial majlis tersebut.

"Pun begitu, pertahanan terbaik ialah orang awam yang mengambil sikap waspada.

"Kami galakkan orang ramai mengatur untuk melihat flat tersebut secara fizikal dahulu, dan tidak membuat sebarang bayaran pendahuluan sebelum itu," ujar Cik Sun.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg