Jurugambar ada hak milik gambar perkahwinan pasangan di bawah perubahan Akta Hak Cipta
Jurugambar ada hak milik gambar perkahwinan pasangan di bawah perubahan Akta Hak Cipta
PASANGAN pengantin yang mendapatkan khidmat jurugambar pada hari perkahwinan mereka kini mempunyai hak milik atas gambar-gambar yang dipetik, namun, dengan perubahan pada Akta Hak Cipta, jurugambar bakal diberi hak milik tersebut.
Pasangan itu perlu berunding dengan jurugambar sekiranya mereka mahu hak tersebut dipindahkan kepada mereka.
Perubahan itu dijangka berlaku sekitar November setelah pindaan terhadap Akta tersebut diluluskan Parlimen pada Isnin (13 Sept).
Ini berasal dari tinjauan luas terhadap undang-undang itu yang dilakukan oleh pemerintah termasuk melalui rundingan awam sejak 2016.
Perubahan itu adalah sebahagian dari langkah yang membolehkan pencipta gambar, potret, ukiran, rakaman suara dan filem menjadi pemilik pertama hak cipta, walaupun mereka ditugaskan untuk membuatnya.
Tetapi pemilikan hak cipta pencipta dapat diubah dalam kontrak semasa rundingan walaupun dengan perubahan Akta tersebut.
Dalam pada itu, perubahan Akta tersebut juga bakal melarang penjualan 'set-top box' yang menawarkan akses kepada filem dan rancangan cetak rompak dalam talian.
Berikutan itu, terdapat kekhawatiran mengenai kemungkinan orang ramai membeli 'set-top box' sedemikian dari luar negara.
Namun, Menteri Kebudayaan, Masyarakat dan Belia Edwin Tong berkata, isu adanya peranti dan khidmat yang melanggar hak cipta merupakan masalah global.
"Lain negara berada di tahap berbeza dalam menangani masalah ini. Di hujungnya, kemungkinan alat-alat dan perkhidmatan sedemikian juga akan dilarang di negara-negara lain," katanya. - The Straits Times

