Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Jururawat klinisian jadi pendamping pesakit sebatang kara

Apr 15, 2023 | 5:25 PM
BERDEDIKASI: Cik Suraya Abdullah (kanan), jururawat klinisian di Hospital Masyarakat Outram, menjalani tanggungjawabnya menjaga kesihatan dan memastikan kesejahteraan para pesakitnya, kebanyakan terdiri daripada golongan warga emas, terpelihara. - Foto SINGHEALTH
BERDEDIKASI: Cik Suraya Abdullah (kanan), jururawat klinisian di Hospital Masyarakat Outram, menjalani tanggungjawabnya menjaga kesihatan dan memastikan kesejahteraan para pesakitnya, kebanyakan terdiri daripada golongan warga emas, terpelihara. - Foto SINGHEALTH -

BELIAU mungkin tidak mempunyai sebarang pertalian darah dengan pesakit di bawah jagaannya, namun Cik Suraya Abdullah dianggap seperti anggota keluarga sendiri bagi sebahagian daripada mereka. Ini terutama bagi warga emas yang tinggal sendirian dan tidak mempunyai anggota keluarga yang menjenguk atau menjaga mereka sepanjang tempoh mereka berada di hospital. Sebagai seorang jururawat klinisian di Hospital Masyarakat Outram (OCH), Cik Suraya perlu mendampingi pesakit di sana yang kebanyakannya terdiri daripada golongan warga emas. Selain membantu menjaga kesihatan mereka, Cik Suraya juga menawarkan sokongan emosi kepada mereka, demi mengelak daripada mengalami kesepian yang boleh menjejas kesihatan dan kesejahteraan pesakit. "Satu cara adalah untuk meyakinkan mereka bahawa saya di sini akan mendengar keluhan mereka, atau jika mereka ingin berkongsi keadaan emosi mereka atau memerlukan teman berbual. "Ini dapat mengurangkan rasa kesepian itu dan meningkatkan lagi kesejahteraan mereka," ujar Cik Suraya, 57 tahun, yang telah berkhidmat sebagai jururawat selama lebih 30 tahun. Ikuti laporan penuh di akhbar Berita Minggu pada Ahad (16 Apr).

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg