Meskipun sudah berpengalaman luas dalam bidang kejururawatan sejak 2000, Cik Rashidah Mohamad Rais tetap bertekad bulat mendalami bidang perubatan dan kesihatan yang pesat berkembang.

Sejak kecerdasan buatan (AI) serta sumber teknologi lain semakin kerap digunakan, ibu dua cahaya mata ini memerhatikan semakin ramai pesakit terdedah kepada maklumat rawatan dan kesihatan yang kurang tepat.