Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Jurutera maut setelah jatuh tujuh tingkat ketika jalani kerja menyenggara di bangunan pejabat CapitaSpring

Apr 8, 2022 | 10:56 PM
Foto CAPITALAND
Foto CAPITALAND -

SEORANG jurutera Singapura meninggal dunia setelah terjatuh tujuh tingkat ketika menjalankan kerja penyenggaraan di bangunan pejabat CapitaSpring pada Jumaat (8 April).

Wanita 48 tahun ini sedang mengusahakan bahagian penyenggaraan di atas tingkat 16 bangunan tersebut apabila dia terpijak panel siling palsu.

Panel tersebut tidak dapat menampung berat badannya lantas menyebabkan beliau terjatuh sekitar 30 meter hingga ke tingkat sembilan, kata jurucakap Kementerian Tenaga Manusia (MOM).

Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) berkata ia menerima panggilan bagi bantuan sekitar 10.55 pagi pada Jumaat. Jurutera itu disahkan mati di tempat kejadian oleh paramedik SCDF.

MOM berkata wanita itu adalah pekerja Dragages Singapore dengan tapak kejadian merupakan pejabat Ascott International Management, unit perniagaan yang sepenuhnya dimiliki CapitaLand, yang merupakan pemilik bersama dan pemaju projek bagi CapitaSpring.

CapitaSpring adalah pembangunan bersepadu setinggi 51 tingkat di Raffles Place yang menerima permit pengisian sementara pada hujung 2021.

Ia menampung kediaman yang diservis di bawah jenama Citadines milik Ascott. Apartmen itu mengisi tingkat 9 hingga 16 projek pembangunan itu.

MOM berkata ia sedang menyiasat kemalangan itu dan telah mengarah Ascott untuk menghentikan semua akses ke tingkat penyenggaraan..

"Sebagai langkah keselamatan umum, permukaan rapuh harus ditandakan dengan jelas dan dengan ketara untuk memberi amaran tentang risiko jatuh daripada tempat tinggi," ujar jurucakap itu.

Kemalangan yang meragut nyawa itu bererti jumlah kematian di tempat kerja di Singapura tahun ini mencecah 11 kes.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg