Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Jutawan dan isteri derma makanan kepada golongan susah; cadang padan derma individu lain

May 12, 2020 | 6:03 PM
Pemodal jutawan Ozi Amanat dan isterinya, Cik Asema Ahmed, telah menderma 1,000 pek makanan kepada pekerja asing dalam kuarantin. - Foto Ihsan OZI AMANAT & ASEMA AHMED
Pemodal jutawan Ozi Amanat dan isterinya, Cik Asema Ahmed, telah menderma 1,000 pek makanan kepada pekerja asing dalam kuarantin. - Foto Ihsan OZI AMANAT & ASEMA AHMED -

PEMODAL jutawan Ozi Amanat dan isterinya, Cik Asema Ahmed, telah menderma 1,000 pek makanan kepada pekerja asing dalam kuarantin di Singapura menerusi badan amal Free Food For All (FFFA) pada 7 Mei.

Encik Amanat berkata beliau terdorong oleh mesej di Twitter Perdana Menteri Lee Hsien Loong baru-baru ini yang mengucapkan terima kasih kepada mereka yang menderma pek makanan kepada golongan susah semasa Ramadan.

Pasangan itu berharap dapat menarik sembilan lagi individu yang berkemampuan untuk menderma 1,000 pek makanan setiap seorang kepada mereka yang memerlukan melalui badan amal pilihan mereka.

Bagi membalas jasa baik individu ini, Encik Amanat dan isterinya bercadang untuk menggandakan derma itu untuk disumbangkan kepada badan amal pilihan pasangan itu.

Mereka berhasrat membantu golongan susah termasuk keluarga berpendapatan rendah, pekerja asing dan pekerja jagaan kesihatan.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg