ENCIK Khaw Boon Wan akan menjadi Menteri Pengangkutan dalam Kabinet baru pemerintah yang diumumkan petang tadi, Isnin.

Jawatan lama Encik Khaw sebagai Menteri Pembangunan Negara pula diambil-alih Encik Lawrence Wong.

Perubahan dalam Kabinet itu juga melihat Encik Teo Chee Hean dan Encik Tharman Shanmugaratnam memainkan peranan sebagai Menteri-Menteri Penyelaras, selain mengekalkan jawatan mereka sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Encik Teo akan menyelaras Keselamatan Negara manakala Encik Tharman menyelia Dasar-Dasar Ekonomi dan Sosial.

Encik Khaw pula akan menjadi Menteri Penyelaras bagi Prasrana.

Antara pelantikan lain adalah seperti berikut:

* Menteri Kewangan - Encik Heng Swee Keat;

* Pemangku Menteri Pendidikan - Encik Ng Chee Meng dan Encik Ong Ye Kung;

* Menteri Ehwal Luar - Dr Vivian Balakrishnan;

* Menteri Ehwal Dalam Negeri merangkap Undang-Undang - Encik K. Shanmugam:

* Menteri Sekitaran dan Sumber Air - Encik Masagos Zulkifli; dan

* Menteri Kebudayaan, Kemasyarakatan dan Belia - Cik Grace Fu.