Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Kabinet M'sia baru: PM Anwar juga Menteri Kewangan, Zahid jadi DPM

Dec 2, 2022 | 9:10 PM
Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan kabinet barunya pada 2 Disember 2022. - Foto: FACEBOOK/DATUK SERI ANWAR IBRAHIM
Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan kabinet barunya pada 2 Disember 2022. - Foto: FACEBOOK/DATUK SERI ANWAR IBRAHIM -

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengumumkan Kabinet baru Kerajaan, di mana beliau akan menyandang jawatan sebagai Menteri Kewangan sementara Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dipilih sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Kabinet lebih kecil itu diumumkam malam Jumaat (2 Dis) dan dianggotai 25 menteri, yang mana jawatan pejabat diberi kepada pemimpin tinggi parti-parti yang membentuk Kerajaan Perpaduan tersebut.

Buat julung-juling kalinya dalam sejarah Malaysia, dua timbalan perdana menteri telah dilantik.

Dalam sidang media malam Jumaat, Anwar yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) turut menamakan Naib Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Datuk Seri Fadillah Yusof sebagai Timbalan Perdana Menteri II.

Setiausaha Agung Parti Tindakan Demokratik Anthony Loke kembali memikul jawatannya sebelum ini di Kementerian Pengangkutan, portfolio yang dipikulnya sewaktu berkhidmat dalam Kerajaan Pakatan Harapan.

Menteri-menteri baru itu dijadual menghadiri satu mesyuarat istimewa pada Isnin.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg