Topik diikuti
Pergi ke BHkuKad bijak haji punya warna berbeza
Kad bijak haji punya warna berbeza
Kad bijak haji punya warna berbeza
APA itu kad bijak haji?
Dilancarkan pada 2019, kad bijak haji merupakan kaedah bagi membantu mempermudahkan proses ibadah haji bagi semua jemaah.
Ia juga membolehkan jemaah melakukan urus niaga tanpa sentuhan dan menyimpan duit melalui dompet dalam talian.
Ini menjadikan urus niaga lebih selamat dan mudah dalam era pospandemik.
Setiap anggota jemaah juga akan diberikan warna yang berbeza - merah, hijau, kuning atau biru - berdasarkan peringkat setiap proses haji selain menawarkan bimbingan untuk memudahkan jemaah mengikuti setiap proses ibadah haji.
Setiap butiran mengenai jemaah disertakan dalam kad itu seperti nombor pendaftaran, lokasi khusus tempat penginapan, nombor telefon dan nombor pengenalan pegawai yang membimbing mereka.
Kad bijak haji itu juga bertujuan mengurangkan bilangan jemaah yang mengerjakan ibadah haji secara haram.
CARA DAPATKAN KAD BIJAK HAJI
Anda boleh muat turun di Play Store atau App Store dan cari Shaaer Smart Card.
Ia juga akan diberikan secara fizikal kepada setiap anggota jemaah
BAGAIMANA GUNAKAN KAD BIJAK HAJI?
Kad bijak haji ini dilengkapi kod QR yang boleh diimbas untuk jemaah menggunakannya bagi mengakses khidmat dan kemudahan termasuk tempat penginapan, pengangkutan, hotel, dan terminal yang membolehkan bayaran tanpa sentuhan.
Ia juga boleh mengenal pasti tapak yang sesak di Makkah dan Madinah.
