Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Kadar ERP dikurangi, tempoh VEP dipendekkan semasa cuti sekolah Jun

May 23, 2016 | 2:03 PM
Kadar ERP akan dikurangkan hingga $1 di jalan raya dan ekspreswe terpilih semasa cuti sekolah Jun.
Kadar ERP akan dikurangkan hingga $1 di jalan raya dan ekspreswe terpilih semasa cuti sekolah Jun. - GAMBAR FAIL ST

BAYARAN Elektronik Jalan Raya (ERP) di jalan raya dan ekspreswe terpilih akan dikurangkan manakala operasi Permit Masuk Kenderaan (VEP) akan dipendekkan bagi cuti sekolah Jun akan datang, umum Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) pada Isnin (23 Mei).

Kadar dan waktu operasi yang disemak semula akan berkuat kuasa dari Sabtu (Mei 28) hingga 26 Jun.

Kadar ERP di 23 gantri akan dikurangkan $1 semasa tempoh yang ditetapkan oleh LTA.

Pengurangan itu ialah 50 sen bagi gantri - dua di Bendemeer Road dan Woodsville Tunnel, serta yang di Dunearn Road - yang kadar ERP-nya 50 sen.

Sementara itu, waktu operasi VEP akan berakhir lebih awal pada tengah hari pada hari kerja sepanjang tempoh sama.

Pemandu kereta dan motosikal asing dikecualikan daripada membayar VEP jika mereka masuk ke Singapura selepas 12 tengah hari dan keluar sebelum 2 petang esoknya.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg