Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Kadar faedah simpanan tetap naik lebih 4%

Jan 7, 2023 | 5:30 AM
db3c8639-56fd-4440-b1fd-210ba3ffec3a
-

KADAR faedah untuk simpanan tetap di Singapura semakin meningkat melebihi 4 peratus, sedang bank-bank bersaing berikutan permintaan sengit untuk dapatkan deposit.

Di Bank OCBC misalnya, pelanggan akaun simpanan 360 boleh memperolehi 4.08 peratus sekiranya mereka menempatkan sekurang-kurangnya $20,000 bagi tempoh lapan bulan di bawah promosi Tahun Baru Cina yang dilancarkan minggu ini.

Pelanggan lain boleh memperolehi kadar faedah 3.88 peratus.

Bank itu juga menawarkan pelanggan Perbankan Premier dan Premier Privet kadar promosi 4.18 peratus bagi simpanan tetap bagi tempoh lapan bulan.

"Ini merupakan kadar faedah tertinggi bagi dolar Singapura bagi simpanan tetap yang kami tawarkan kepada pelanggan dalam sejarah," kata ketua deposit Bank OCBC, Encik Na Kok Peng.

Tempoh promosi lapan bulan ditawarkan kerana nombor itu melambangkan kemakmuran dalam bahasa Cina, kata Encik Na, sambil menambah bahawa tempoh yang lebih pendek juga menawarkan fleksibiliti yang lebih besar kepada pelanggan.

Bank OCBC merupakan satu-satunya bank setempat yang mempunyai kadar simpanan tetap melebihi 4 peratus setakat ini.

UOB, yang merupakan antara bank yang lebih agresif tahun lalu, telah mengekalkan kadar promosinya bulan ini dengan kadar antara 3.55 hingga 3.95 peratus bagi simpanan tetap dengan tempoh yang berbeza-beza.

Bank DBS, bank terbesar Singapura, pula memilih untuk menaikkan kadar simpanan tetap tiga kali tahun lalu.

Sekurang-kurangnya dua bank asing turut menaikkan kadar deposit tetap bagi dolar Singapura kepada lebih 4 peratus bulan lalu.

Bank CIMB menawarkan pelanggan kadar 4.05 peratus bagi simpanan tetap bagi tempoh sembilan bulan. Bagi tempoh lebih panjang antara 12 hingga 18 bulan, Bank CIMB menawarkan 4.15 peratus.

Bank RHB pula menawarkan 4.1 peratus bagi pelanggan yang membuat simpanan tetap bagi tempoh 24 bulan.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg