Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18

Kadar jangkitan Covid-19 daripada ibu ke bayi baru lahir rendah: Kajian

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kadar jangkitan Covid-19 daripada ibu ke bayi baru lahir rendah: Kajian

Mar 11, 2024 | 06:40 PM



Satu kajian yang dijalankan ke atas sekumpulan ibu yang dijangkiti Covid-19 ketika hamil mendapati kadar jangkitan virus itu daripada ibu ke anak yang baru dilahirkan adalah amat rendah.

Dapatan kajian itu, yang melibatkan 371 wanita yang mengalami Covid-19 semasa hamil dan bayi mereka, menunjukkan hanya empat bayi – atau 1.1 peratus bayi – dijangkiti virus tersebut selepas kelahiran.

Daripada jumlah itu, tiga bayi dilahirkan ibu yang telah mendapatkan vaksinasi Covid-19 dan satu dilahirkan ibu yang tidak divaksinasi.

Kajian tersebut telah dijalankan Hospital Wanita dan Kanak-Kanak KK (KKH), Hospital Besar Singapura (SGH) dan Hospital Universiti Nasional (NUH) dari Disember 2019 hingga Februari 2022 – meliputi tempoh masa sejak virus itu kali pertama dikenal pasti hingga ke kemunculan varian Omicron pada lewat 2021.

Ia adalah sebahagian daripada usaha berterusan KKH untuk membangunkan perspektif berasaskan bukti bagi kajian terhad ke atas Covid-19 di Singapura dan Asia.

Peserta kajian dibahagikan kepada dua kumpulan -– sudah divaksinasi dan belum divaksinasi – setelah vaksinasi Covid-19 disediakan untuk wanita hamil pada Jun 2021.

Sekitar 353 wanita hamil dalam kajian itu telah berkongsi status vaksinasi mereka, di mana 278 wanita menyatakan mereka telah menerima satu dos suntikan atau lebih sebelum atau semasa mengandung dan 75 wanita pula tidak divaksinasi.

Penulis kanan kajian itu, Dr Yeo Kee Thai, yang merupakan konsultan kanan di jabatan neonatologi KKH, berkata penyelidikan mereka itu memberi jaminan kepada ibu bapa yang bakal menimang cahaya mata dan karyawan penjagaan kesihatan bahawa penjangkitan Covid-19 daripada ibu ke anak adalah sangat rendah.

“Berbanding dengan laporan antarabangsa, kadar penjangkitannya juga lebih rendah.

“Ini berkemungkinan disebabkan kadar vaksinasi lebih tinggi dalam kalangan penduduk kita yang hamil, yang juga menjelaskan keadaan gejala sederhana hingga teruk yang lebih rendah dan keperluan lebih rendah bagi campur tangan dalam wanita hamil sudah divaksinasi yang dijangkiti Covid-19,” kata beliau.

Kajian tersebut juga mendapati bahawa wanita hamil sudah divaksinasi yang dijangkiti Covid-19 mengalami kesan penyakit yang lebih ringan dan kurang kemungkinan memerlukan rawatan rapi berbanding wanita hamil yang belum divaksinasi.

Misalnya, dalam jumlah 278 wanita yang sudah divaksinasi, hanya 1.8 peratus daripada mereka mengalami kesan penyakit yang sederhana hingga teruk – lebih rendah berbanding 8 peratus daripada 75 wanita yang tidak divaksinasi.

Wanita hamil yang dijangkiti varian Omicron juga didapati mengalami kesan lebih ringan dan kurang kemungkinan memerlukan rawatan rapi atau memerlukan alat pengalihan udara mekanikal berbanding mereka yang dijangkiti varian bukan Omicron.

Bayi yang baru dilahirkan ibu dijangkiti varian Omicron juga kurang kemungkinan memerlukan rawatan rapi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >