Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Kadar pengangguran S'pura turun 3.3% pada Nov 2020

Jan 8, 2021 | 6:10 PM
Kadar pengangguran bagi penduduk Singapura 4.6 peratus berbanding 4.8 peratus pada Oktober lalu, manakala kadar warga jatuh 4.7 peratus berbanding 4.9 peratus. -
Kadar pengangguran bagi penduduk Singapura 4.6 peratus berbanding 4.8 peratus pada Oktober lalu, manakala kadar warga jatuh 4.7 peratus berbanding 4.9 peratus. - - FOTO: JOEL CHAN

KADAR pengangguran di Singapura turun pada November lalu - kali pertama ia turun sejak negara ini ditimpa pandemik Covid-19.

Kadar pengagguran keseluruhan turun kepada paras 3.3 peratus, berbanding 3.6 peratus dua bulan sebelumnya.

Dalam kenyataannya pada Jumaat (8 Jan), Kementerian Tenaga Manusia (MOM) berkata perangkaan itu merupakan kadar paling rendah sejak Julai tahun lalu.

Kadar pengangguran bagi penduduk Singapura 4.6 peratus berbanding 4.8 peratus pada Oktober lalu, manakala kadar warga jatuh 4.7 peratus berbanding 4.9 peratus.

Namun Menteri Tenaga Manusia, Cik Josephine Teo, mengingatkan orang ramai agar terus bersikap waspada.

Meskipun keadaan semakin cerah ini melegakan, ia harus dilihat daripada pelbagai sudut yang luas untuk mengenal pasti keadaan masa depan pasaran pekerjaan, katanya kepada media semasa lawatannya di Institut Pekerjaan dan Daya Kerja (e2i) kendalian Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC).

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg