Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Kadar purata harga sewa bilik hotel merosot November lalu

Dec 24, 2022 | 1:53 PM
Seorang kanak-kanak berusia 10 tahun menjumpai janin di bawah papak konkrit. FOTO: LIANHE ZAOBAO
Seorang kanak-kanak berusia 10 tahun menjumpai janin di bawah papak konkrit. FOTO: LIANHE ZAOBAO -

KADAR purata harga sewa bilik hotel (ARR) di Singapura merosot buat bulan kedua berturut-turut bulan November. Namun demikian, ia kekal lebih tinggi daripada kadar yang dicatatkan sebelum September 2022. September 2022 adalah kadar tertinggi ARR dicatatkan dalam 14 tahun menurut data Lembaga Pelancongan Singapura (STB) Jumaat (23 Nov). ARR meningkat 58.6 peratus daripada tempoh tahun lalu kepada $276.53. Namun demikian, ia adalah 2.3 peratus lebih rendah daripada semakan Oktober pada harga $282.91 dan di bawah rekod September pada harga $283.47. Keseluruhan pendapatan bilik hotel juga turun pada November, merosot 5 peratus kepada $391.9 juta daripada $412.4 juta pada Oktober. Namun, ia masih melepasi paras tertinggi sebelum wabak sebanyak $383.4 juta pada Ogos 2019. Angka yang lebih rendah pada November berlaku apabila ketibaan pelancong turun sedikit kepada 816,254 buat bulan itu. Namun, kadar penginapan purata November tahun ini adalah sebanyak 86.6 peratus, lebih tinggi daripada 85.1 peratus dari bulan sebelumnya dan sedikit melebihi kadar prapandemik pada Disember 2019 dan Januari 2020. Pada tahun itu, ia meningkat 8.7 peratus.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg