Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Kafe Hello Kitty di Singapura ditutup pada Februari 2019

Oct 12, 2018 | 5:32 PM
BAKAL DITUTUP: Hello Kitty Orchid Garden yang dibuka di Terminal 3 Lapangan Terbang Changi pada 2016 akan mengadakan empat jamuan teh Disember ini menjelang penutupannya.
BAKAL DITUTUP: Hello Kitty Orchid Garden yang dibuka di Terminal 3 Lapangan Terbang Changi pada 2016 akan mengadakan empat jamuan teh Disember ini menjelang penutupannya. - Foto FAIL THE STRAITS TIMES

KAFE bertema Hello Kitty pertama Singapura yang menerima sambutan cukup hangat daripada orang ramai ketika dibuka di dewan ketibaan Terminal 3 Lapangan Terbang Changi lebih dua tahun lalu, akan ditutup pada Februari 2019.

Demikian menurut laman Facebook kafe tersebut hari ini (12 Oktober).

Kafe itu, yang merupakan kafe Hello Kitty 24 jam pertama di dunia, menarik ratusan peminat yang sanggup beratur selama berjam-jam sebelum ia dibuka pada Mei 2016.

Menjelang penutupannya, kafe itu akan mengadakan empat jamuan teh Disember ini di kafe tersebut.

Tiket boleh didapatkan pada harga $138 sepasang dan orang ramai antara lain boleh menikmati pelbagai juadah selain membawa pulang cenderahati edisi terhad.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg