PRODUK 'breadstick' berperisa sate dan sate vegan oleh syarikat Jumain Sataysfaction merupakan contoh produk inovatif Singapura, kata Menteri Negara Kanan (Perdagangan dan Perusahaan), Encik Chee Hong Tat.
"Saya kagum dengan syarikat ini kerana mereka mempunyai wawasan.
"Mereka mempunyai idea untuk buat produk baru, dan kembangkan niaga bukan sahaja di sini, tetapi di luar negara.
"Kami ingin lebih ramai syarikat kecil dan sederhana fikir macam itu," ujar Encik Chee.
Syarikat pengeluar sate Singapura, Jumain Sataysfaction tahun lalu menyertai acara Taste of Singapore Food Pop-Up di pusat beli-belah Olinas Mall di Tokyo, Jepun, sebagai usaha untuk menembusi pasaran Jepun.
Encik Chee memberi satu lagi contoh usaha inovasi oleh usahawan Fatimah Mohsin yang meluaskan perniagaan daripada perkhidmatan jurusolek dan reka fesyen, kepada perniagaan runcit perabot rumah, Propupstore.
"Syarikat ini memberi tumpuan kepada cara menghasilkan produk berbeza daripada pesaing mereka.
"Mereka menawarkan pelanggan sesuatu yang unik, sesuatu yang memenuhi keperluan pelanggan.
"Tidak kira perniagaan tradisional atau lebih baru, keperluan untu kekal berdaya saing dan inovatif masih penting," ujar Encik Chee.
Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg