Topic followed successfully
Go to BHkuKaitan kencing manis, lemah syahwat dan kesihatan kulit wanita
Kaitan kencing manis, lemah syahwat dan kesihatan kulit wanita
Kaitan kencing manis, lemah syahwat dan kesihatan kulit wanita

ADA kaitan antara seksualiti lelaki dengan penyakit kencing manis, atau diabetes.
Begitu juga, diabetes boleh mengancam kecantikan dan kesihatan kulit wanita.
Dua isu kesihatan yang ada kaitan dengan diabetes ini akan dibincangkan oleh pengarah sebuah rangkaian klinik perubatan, Dr Elias Tam, dalam sesi bengkel kesihatan - Diabetes dan Anda - anjuran Berita Harian (BH) pada 29 Oktober.
Dr Elias berkata bagi lelaki yang mengalami masalah lemah syahwat, atau erectile dysfunction (ED), iaitu kegagalan zakar mencapai ereksi, akan dibincangkan beliau dalam bengkel kesihatan itu.
"Masalah ini boleh diatasi jika lelaki tidak rasa segan menjalani pemeriksaan dan mendapatkan bimbingan doktor atau pakar perubatan seksual,'' ujar Dr Elias.
Menurut beliau, isu lelaki yang mempunyai penyakit diabetes menghadapi masalah mati pucuk adalah lumrah dan ia menjadi rahsia yang sukar dibincangkan dalam kalangan lelaki.
Bagi wanita, memeriksa dan memperhatikan kesihatan kulit menjadi keutamaan apabila mereka menghidap diabetes.
Menurut Dr Elias, ada beberapa masalah yang boleh timbul seiring dengan meningkatnya masalah diabetes di dalam tubuh yang berkaitan dengan kesihatan seseorang, dan ia menjadi isyarat kepada masalah kesihatan yang lebih serius.
Bagi lelaki, ED bermaksud ketidakupayaan mencapai tahap ereksi yang sesuai semasa mengadakan hubungan seksual.
Stres, pemakanan dan gaya hidup yang tidak sihat adalah faktor yang dikenal pasti bakal meningkatkan risiko penyakit tersebut pada masa hadapan.
"ED bukan masalah lelaki sahaja, malah ia turut membabitkan isteri dan patut diselesaikan secara berpasangan.
"Isteri boleh memainkan peranan penting dalam memperbaiki hubungan seksual dengan menggalak pasangan mereka berbincang dengan doktor," ujar beliau.
Dalam bengkel Diabetes dan Anda ini juga Dr Elias akan menyentuh bagaimana diabetes boleh menjejas kecantikan kulit.
Menurut beliau, seseorang perlu memastikan kadar gula dalam darah diperiksa dan diuji, dan berazam mengubah gaya hidup, seperti mengurangkan berat badan dan meningkatkan kegiatan sihat.
Kajian menunjukkan penurunan berat badan boleh membantu mengawal penyakit kencing manis, dan mempercayai mereka boleh mengubah masalah gula dalam darah dan tahap kemurungan memberi impak positif kepada pesakit yang obes.
"Berat badan harus diturunkan dengan segera dan kami telah melihat keajaibannya dari sudut peningkatan kesihatan seseorang.
"Mereka bukan menjadi cantik dan bergaya sahaja, malah tampak muda dan lebih cergas. Saya tahu masih ramai mereka di luar sana tertanya-tanya bagaimanakah cara sebenar untuk kembali sihat dan cantik.
"Maka itu kami membuka pintu kepada mereka untuk menanyakan pelbagai soalan di bengkel kesihatan dan kecantikan ini dan kami memberikan penjelasan yang sebenar,'' ujar Dr Elias.
BENGKEL KESIHATAN 'DIABETES DAN ANDA'
- Bagi lelaki masalah diabetes boleh menyebabkan mati pucuk
- Bagi wanita ia menjejas kesihatan kecantikan
Tarikh: Ahad, 29 Oktober
Masa: 10 pagi hingga 12 tengah hari
Tempat: Berita Harian News Centre, Singapore Press Holdings, 1000 Toa Payoh North, Singapura 318994
Bayaran: $20
Pendaftaran: E-mel kepada bhpromo@sph.com.sg

