Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Kajian lindungi pantai, termasuk di Pulau Jurong dan East Coast, bermula tahun ini

Mar 4, 2020 | 3:24 PM
LINDUNGI PANTAI: PUB akan mengkaji cara mengatasi ancaman kenaikan paras air laut di kawasan yang mudah terjejas, termasuk di pantai East Coast.
LINDUNGI PANTAI: PUB akan mengkaji cara mengatasi ancaman kenaikan paras air laut di kawasan yang mudah terjejas, termasuk di pantai East Coast. - Foto fail

AGENSI air negara PUB akan memulakan kajian tahun ini untuk melindungi pantai yang mudah terjejas dengan kenaikan paras laut, termasuk di Pulau Jurong dan East Coast. Menteri Sekitaran dan Sumber Air, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, berkata di Parlimen pada Rabu (4 Mac) usaha itu termasuk membangun strategi jangka panjang dan reka bentuk kejuruteraan untuk menangani ancaman tersebut. Peranan PUB akan diluaskan menjangkau pengurusan air hujan kepada tanggungjawab melindungi pantai untuk mengatasi isu banjir secara menyeluruh. "Dengan tanggungjawab baru itu, satu agensi, PUB, akan mengkaji banjir kawasan pantai dan pedalaman secara menyeluruh dan membangun model untuk membimbing respons perlindungan banjir kami," kata Encik Masagos di bahas belanjawan kementeriannya.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg