Premium
Kajian tinjau kesan hubungan ibu dengan anak
Kumpulan penyelidik NTU dapati tekanan keibubapaan mungkin akan melemahkan hubungan antara ibu dengan anak semasa di peringkat awal proses interaksi
Sep 9, 2019 | 5:30 AM
HASILKAN KAJIAN: Para penyelidik yang terlibat dalam kajian tekanan keibubapaan termasuk (dari kiri) Cik Leck Wan Qing, Penolong Profesor Gianluca Esposito, Encik Giuli Gabrieli dan Cik Atiqah. - Foto NTU -
SATU kajian setempat menunjukkan bahawa tekanan keibubapaan mungkin akan melemahkan hubungan antara ibu dengan anak semasa di peringkat awal proses interaksi sosial mereka.
Kajian oleh sekumpulan penyelidik Universiti Teknologi Nanyang (NTU) itu menunjukkan bahawa hal ini akan mengurangkan kemampuan si ibu untuk berkongsi pandangan anaknya.

