KAJIAN Sistem Kesihatan Universiti Nasional (NUHS) mendapati bahawa warga emas menghadapi cabaran emosi disebabkan hubungan sosial yang terhad dalam melakukan aktiviti dan keupayaan untuk meraikan sambutan yang bermakna bersama keluarga dan rakan mereka semasa pandemik Covid-19.
Keadaan menjadi lebih sukar apabila apabila orang tersayang dimasukkan ke hospital atau meninggal dunia, menurut Ketua dan Perunding Kanan, Bahagian Pembedahan Kolorektal merangkap Naib Pengerusi (Penyelidikan), Lembaga Perubatan, Hospital Universiti Kebangsaan, Profesor Madya Dr Tan Ker Kan.
Bagaimanapun kata Dr Tan, yang juga Penolong Dekan (Penyelidikan), Sekolah Perubatan NUS Yong Loo Lin itu, orang dewasa yang berumur 65 tahun dan ke atas, mampu berdaya tahan dan mengurus kesihatan mereka secara proaktif dengan bantuan dan bimbingan pelbagai sumber praktikal yang disediakan untuk membantu rakyat Singapura semasa wabak Covid-19.
Profesor Dr. Tan menjelaskan:
"Pandemik Covid-19 telah menyebabkan gangguan yang tidak pernah berlaku sebelum ini kepada semua orang.
"Orang dewasa yang lebih berusia mungkin lebih terdedah kepada kesan buruk dalam banyak aspek. Memandangkan mereka berisiko lebih tinggi jika mereka dijangkiti Covid-19, mereka dinasihatkan untuk mengasingkan diri daripada rangkaian sosial mereka yang lain... termasuk ahli keluarga, anak, cucu dan rakan dalam komuniti mereka.
Mereka juga pada mulanya takut dengan Covid-19 dan mengasingkan diri untuk kekal selamat. Walau bagaimanapun, pada masa yang sama, mereka menunjukkan semangat berdikari, kesedaran dan inisiatif yang tinggi dalam menguruskan kesejahteraan fizikal dan mental mereka."


Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg