Premium
Kajian: Warga emas kurangkan belanja semasa pandemik
Perbelanjaan warga S'pura berusia 55 dengan 75 tahun turun 18 peratus
Jul 31, 2020 | 5:30 AM
-
WARGA Singapura yang lebih berusia telah mengurangkan perbelanjaan penggunaan semasa pandemik Covid-19 sebanyak sekitar 18 peratus sama ada mereka telah mengalami kemerosotan pendapatan atau tidak.
Demikian menurut hasil tinjauan yang diumumkan semalam oleh Pusat Penyelidikan Penuaan Berjaya (ROSA), sebuah pusat kajian yang berpangkalan di Universiti Pengurusan Singapura (SMU).

