Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Kaki Bukit CC dibuka semula akhir 2023

Mar 20, 2023 | 5:30 AM
Datuk Seri Anwar Ibrahim
Datuk Seri Anwar Ibrahim - REUTERS

PARA penduduk Kaki Bukit boleh menantikan pembukaan balai rakyat yang telah dinaik taraf dan dilengkapi dengan banyak kemudahan baru pada akhir 2023.

Mereka juga boleh menantikan hospital bersepadu yang terdiri daripada sebuah hospital besar dan hospital masyarakat menjelang 2030, kata Timbalan Perdana Menteri, Encik Lawrence Wong di sambutan ulang tahun ke-40 Kawasan Undi Kaki Bukit pada Ahad.

"Pasukan Kaki Bukit telah bekerja keras untuk menaik taraf infrastruktur dan program-program untuk memenuhi keperluan para penduduk yang kian berubah.

"Para penduduk akan mempunyai lebih banyak kemudahan baru seperti studio untuk 'jamming' dan perkhidmatan baru seperti pejabat Agensi Penjagaan Bersepadu dan JobHub," katanya sambil menambah balai rakyat yang dinaik taraf itu akan kekal sebagai pusat tumpuan penting bagi masyarakat.

Beliau menambah bahawa akan terdapat lebih banyak rancangan untuk membangunkan kawasan itu apabila Pangkalan Udara Paya Lebar dipindahkan pada 2030-an.

"Dengan tiadanya sekatan ketinggian, kita akan mempunyai peluang untuk membangunkan semula bandar-bandar di sekitarnya, untuk menggunakan ruang yang ada dengan lebih baik dan membina lebih banyak kemudahan," kata beliau yang turut menyertai pelancaran buku '40 Tahun di Kaki Bukit' di Balai Rakyat (CC) Kaki Bukit.

Encik Wong menambah bahawa pemerintah telah menaik taraf dan menyegarkan estet itu serta pembukaan Laluan Downtown untuk menghubungkan para penduduk dengan kemudahan utama di kawasan itu dengan lebih baik.

"Melalui inisiatif membentuk semula estet HDB, kami telah menaik taraf pusat-pusat kejiranan Kaki Bukit bersama-sama dengan Pusat Bandar Bedok yang berdekatan, di mana kami telah membina sebuah plaza bandar baru, pusat penjaja baru dan Hab Pengangkutan Bersepadu," kata beliau.

Encik Wong juga berkata bahawa naik taraf juga dijalankan di rumah-rumah yang terletak di Kaki Bukit seperti kerja-kerja Program Peningkatan Rumah (HIP) untuk kebanyakan blok yang lebih tua, telah siap sejak beberapa tahun yang lalu.

Encik Wong menyeru agar para penduduk berkongsi pandangan mereka tentang apa yang boleh dilakukan supaya Kaki Bukit dapat melangkah ke hadapan serta bekerjasama dalam membantu merealisasikan aspirasi masyarakat yang dikongsi bersama.

"Semua usaha kemasyarakatan ini melengkapi program nasional kita dan tidak ada keperluan yang tidak akan dipenuhi, dan tiada sesiapa yang memerlukan bantuan yang akan ditinggalkan.

"Saya berharap lebih ramai penduduk akan menyertai usaha-usaha kemasyarakatan ini supaya Kaki Bukit akan terus menjadi sebuah masyarakat yang kukuh, bertenaga dan penyayang untuk lebih banyak dekad akan datang," kata beliau.

Dalam ucapannya, Encik Wong turut berkongsi tentang tanggapan beliau mengenai Kaki Bukit semasa beliau membesar.

Menurut beliau, keluarga ibunya pernah tinggal di Kampong Amber sebelum ibu bapanya berpindah ke flat Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) mereka di Marine Parade pada awal 1970an.

"Pada masa itu, Marine Parade merupakan sebuah estet yang baru dan untuk menaiki bas ke bandar, kami akan melalui Pusat Pertukaran Bedok.

"Jadi, kami akan meluangkan masa untuk meneroka kawasan itu, kedai-kedai di sekitar pusat pertukaran dan kadang-kadang kami akan berjalan sehingga ke pusat penjaja di Blk 511," kata beliau sambil berkata bahawa Kaki Bukit kini telah berkembang bersama-sama dengan pembangunan negara.

"Pasukan Kaki Bukit telah bekerja keras untuk menaik taraf infrastruktur dan program-program untuk memenuhi keperluan para penduduk yang kian berubah.

"Para penduduk akan mempunyai lebih banyak kemudahan baru seperti studio untuk 'jamming' dan perkhidmatan baru seperti pejabat Agensi Penjagaan Bersepadu dan JobHub."

-Timbalan Perdana Menteri, Encik Lawrence Wong

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg