Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Kaki kanan Alias Kadir pula dipotong

Jun 18, 2021 | 5:30 AM
 Alias Kadir. - Foto JUMAAT AZHAR
Alias Kadir. - Foto JUMAAT AZHAR -

BELIAU mungkin mudah tersenyum atau membuat orang tersenyum dengan jenakanya.

Namun di sebalik keceriaan yang ditunjukkan, kesihatan pelawak Alias Kadir sebenarnya agak "membimbangkan" lebih-lebih lagi selepas sebelah lagi kakinya iaitu kaki kanan terpaksa dipotong bulan lalu kerana gangren yang teruk.

"Keadaan kesihatan ayah sebenarnya serius. Beliau mengalami banyak komplikasi... gangren, pendarahan, jangkitan kuman, paru-paru kembang. Ini buat beliau sukar bernafas dan tak lalu makan," kata anaknya, Encik Jumaat Azhar, 29 tahun.

"Doktor kata, peluang ayah pulih adalah 50-50... bergantung kepada kekuatannya untuk melawan sakit," tambah beliau tentang sang bapa yang masih dirawat di Hospital Universiti Nasional (NUH) sejak lebih sebulan lalu.

Semalam, Jamiyah Singapura mengumumkan projek mengumpul dana untuk menampung kos rawatan Alias.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg