PENANTIAN golongan 'kaki wayang' yang sudah lama merindukan peluang menonton filem di layar raksasa berakhir apabila pawagam serata Singapura membuka tirainya semula dengan langkah-langkah keselamatan semalam.

Awal pagi lagi, beberapa penonton kelihatan menggagahi hujan untuk ke pawagam pilihan masing-masing bagi menyaksikan filem saspens Escape From Pretoria dan filem seram The Bridge Curse.