Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

‘Kakitangan awam tidak perlu takut jika bersikap profesional, berwibawa’

Jul 19, 2023 | 8:14 PM
BERI JAMINAN: Encik Leo Yip menasihati pegawai perkhidmatan awam agar tidak perlu takut selagi mereka bertindak secara profesional dan berwibawa.
BERI JAMINAN: Encik Leo Yip menasihati pegawai perkhidmatan awam agar tidak perlu takut selagi mereka bertindak secara profesional dan berwibawa. - Foto fail

Pegawai perkhidmatan awam tidak perlu takut selagi mereka bertindak secara profesional dan berwibawa, kata ketua perkhidmatan awam, Encik Leo Yip, menyusuli beberapa kejadian yang meresahkan kepimpinan negara.

Dalam pesanan yang dihantar pada Selasa dan dilihat oleh akhbar The Straits Times, Encik Yip berusaha menyakinkan perkhidmatan awam berikutan beberapa insiden yang katanya telah menimbulkan kebimbangan dalam kalangan ramai penduduk Singapura dan pegawai awam.

Beliau menyenaraikan perdebatan Ridout Road di Parlimen bagi menangani dakwaan salah laku terhadap Menteri Undang-Undang merangkap Ehwal Dalam Negeri, Encik K. Shanmugam, dan Menteri Ehwal Luar, Dr Vivian Balakrishnan, berhubung penyewaan banglo milik pemerintah; siasatan rasuah terhadap Menteri Pengangkutan, Encik S. Iswaran; dan peletakan jawatan Speaker Parlimen, Encik Tan Chuan-Jin, dan Anggota Parlimen GRC Tampines, Cik Cheng Li Hui, kerana hubungan sulit.

Encik Yip berkata beberapa pegawai menyoal apa yang berlaku, ada yang bimbang bagaimana ini akan menjejas pemerintah dan sistem tadbir urus, dan ada yang kecewa atau marah tentang apa yang berlaku.

“Ini adalah tindak balas semula jadi dan boleh difahami. Saya menghargai semangat beberapa pegawai dan beberapa agensi telah terjejas teruk,” katanya.

Sedang pemimpin kanan perkhidmatan awam menangani isu itu dan menyokong pihak pegawai, Encik Yip menggalakkan pegawai yang terjejas mengemukakan kebimbangan mereka kepada pemimpin kanan mereka.

“Apa yang kami boleh pastikan ialah peristiwa ini menunjukkan bahawa sistem tadbir urus kami, usaha menegakkan integriti, ketelusan dan sikap bertanggungjawab berjalan dengan baik,” tambahnya.

Perkhidmatan Awam Singapura menggajikan sekitar 150,000 pegawai awam yang bekerja di 16 kementerian dan lebih 50 lembaga berkanun.

Dalam perkhidmatan awam, terdapat 86,000 pegawai yang bertugas di kementerian.

Mengenai siasatan Biro Siasatan Amalan Rasuah (CPIB), Encik Yip berkata siasatan itu akan mengambil masa, dan menasihatkan supaya membiarkan prosesnya berjalan secara semula jadi tanpa membuat sebarang spekulasi atau mengulas.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg