Premium
Kakitangan kanan IT IHiS gagal ambil tindakan wajar
Salah satu daripada lima dapatan COI yang dibentuk bagi siasat serangan siber paling buruk dalam sejarah Singapura ke atas SingHealth pada Jun tahun lalu
Jan 10, 2019 | 5:30 AM
JADI SASARAN: Serangan siber paling buruk dalam sejarah Singapura yang menjejas pangkalan data SingHealth pada Jun tahun lalu menyaksikan data peribadi 1.5 juta pesakit dicuri penggodam. - Foto fail -
BEBERAPA kakitangan Sistem Maklumat Kesihatan Bersepadu (IHiS) yang memegang jawatan utama dalam memberikan respons dan melaporkan insiden keselamatan teknologi maklumat (IT) gagal mengambil tindakan yang sewajarnya, berkesan atau tepat pada masanya, sekali gus terlepas peluang untuk mengelakkan kejadian kecurian data dalam kes serangan siber ke atas SingHealth.
Pengurus Respons Insiden Keselamatan (SIRM) dan Pegawai Keselamatan Maklumat Kelompok SingHealth yang bertanggungjawab memberikan respons dan melaporkan insiden, mempunyai pemahaman yang salah tentang apa yang disifatkan sebagai "insiden keselamatan" dan bila insiden keselamatan itu patut dilaporkan.

