Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Kakitangan pentadbir vaksin Covid-19 diingatkan usah tinggal tugas separuh jalan bagi elak kesilapan di SNEC berulang

Feb 24, 2021 | 7:23 PM
Foto FAIL di SNEC
Foto FAIL di SNEC -

KEMENTERIAN Kesihatan (MOH) telah mengarah penyedia khidmat vaksinasi agar patuh pada protokol perubatan bagi memastikan kakitangan yang mentadbir suntikan Covid-19 tidak mengulangi kesilapan bulan lalu di mana seorang kakitangan Pusat Mata Nasional Singapura (SNEC) menerima suntikan lima dos vaksin Pfizer-BioNTech

Berucap di Parlimen pada Rabu (24 Februari), Menteri Negara Kanan (Kesihatan), Dr Janil Puthucheary, berkata kakitangan yang mentadbir vaksin tidak dibenarkan meninggalkan tugas mereka sebelum tamat tugasan tersebut.

Seandainya perlu meninggalkan tugas tersebut, harus ada dokumentasi yang betul dan pembahagian semula tugas kepada pekerja lain, tambah Dr Janil, yang juga Menteri Negara Kanan (Perhubungan dan Penerangan).

Beliau menjawab soalan yang diajukan Cik Ng Ling Ling (GRC Ang Mo Kio), Encik Yip Hon Weng (Yio Chu Kang) dan Encik Gerald Giam (GRC Aljunied).

Mereka bertanyakan tentang langkah yang diambil bagi mengelakkan berulangnya peristiwa 14 Januari itu, yang berlaku seminggu selepas Singapura secara rasmi memulakan latihan vaksinasi nasional.

Dalam kejadian melibatkan latihan vaksinasi kakitangan SNEC, seorang pekerja diberi vaksin Covid-19 yang tidak dicairkan.

Kejadian itu berlaku setelah seorang pekerja yang ditugaskan mencairkan vaksin itu kemudian diminta menguruskan perkara lain. Pekerja kedua itu pula silap menyangka vaksin yang belum dicairkan itu sudah boleh digunakan bagi suntikan.

Pekerja yang disuntik itu kemudian dimasukkan ke hospital bagi pemantauan keadaan kesihatannya tetapi tidak mengalami sebarang kesan sampingan yang teruk.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg