Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Kamal, isteri masih trauma...

Mar 14, 2023 | 5:30 AM
DETIK CEMAS: Pelakon Kamal Adli digegaskan ke Hospital Besar Changi (CGH) dan menjalani pembedahan menyusuli serangan pada kepala dan belakang badannya di Singapore Expo. Beliau ditemani isterinya Uqasha Senrose yang dalam keadaan trauma. - Foto TANGKAP LAYAR VIDEO ROSLAN SHAH
DETIK CEMAS: Pelakon Kamal Adli digegaskan ke Hospital Besar Changi (CGH) dan menjalani pembedahan menyusuli serangan pada kepala dan belakang badannya di Singapore Expo. Beliau ditemani isterinya Uqasha Senrose yang dalam keadaan trauma. - Foto TANGKAP LAYAR VIDEO ROSLAN SHAH -

TRAUMA yang melanda pasangan selebriti dari Malaysia, Kamal Adli dan Uqasha Senrose, menyusuli satu serangan ke atas Kamal sekitar 9 malam Ahad turut meninggalkan kesan buat pengunjung khususnya yang baru sahaja bergambar dengannya.

Peminat mereka, Encik Razalee Rais, yang berfoto dengan pasangan itu, berkata: "Tak sangka sehari selepas bergambar, Kamal pula diserang. Kejadian ini memang mengejutkan dan tak pernah berlaku."

Seorang lelaki berusia 33 tahun yang didakwa menyerang Kamal, 36 tahun, di Dewan 5A Singapore Expo sempena acara Hari Raya Mega Sale 2023 anjuran MegaXpress, telah diberkas dengan baton yang digunakan dalam serangan itu turut dirampas sebagai bahan bukti.

Pengacara Singapura, Roslan Shah, yang membawa Kamal dan Uqasha bertemu peminat Singapura, berkata banyak yang perlu dibereskan bagi membantu pasangan itu selamat pulang ke Malaysia.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg