Topik diikuti
Pergi ke BHkuKamera digital baru bagi bendung pemandu lakukan kesalahan
KAMERA KELAJUAN MUDAH ALIH: Polis Trafik telah memperkenal kamera penguatkuasaan kelajuan digital baru yang mudah dialih ke mana saja dalam tempoh seminggu bagi mengekang kesalahan memandu laju. - Foto HAIRIANTO DIMAN -
Feb 17, 2016 | 5:30 AM
POLIS Trafik (TP) telah memperkenal kamera penguatkuasaan kelajuan digital baru - Kamera Kelajuan Mudah Alih (MSC) - yang bertujuan membendung kelakuan tidak bertanggungjawab di jalan raya selain meningkatkan usaha penguatkuasaan TP di kawasan yang sering berlaku kesalahan memandu laju, kemalangan dan perlumbaan terlarang.
Kamera jingga itu dilengkapkan dengan sumber kuasa sendiri, sekali gus boleh dipasang di mana saja dalam tempoh seminggu dan boleh beroperasi sepanjang hari dan tidak kira cuaca.
