Topik diikuti
Pergi ke BHku"Kami mendengar, kami prihatin, kami akan laksanakan"
Premium
"Kami mendengar, kami prihatin, kami akan laksanakan"
Yaacob: Fikir dan undi dengan bijak demi masa depan
Sep 11, 2015 | 6:00 AM
"Kami mendengar, kami prihatin, kami akan laksanakan"

BERTEMU PENGUNDI: Dr Yaacob membelek-belek akhbar Berita Harian yang dibaca Cik Hawa Mohd Kalok (bertudung), suri rumah yang ditemuinya di pasar Beo Crescent semalam sambil ditemani calon PAP bagi GRC Jalan Besar lain. - Foto TUKIMAN WARJI -
MENTERI Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Dr Yaacob Ibrahim, menyeru pengundi Melayu/Islam supaya berfikir dan mengundi dengan bijak dan rasional bagi masa depan mereka semasa mengundi esok.
Masyarakat Melayu/Islam, tambahnya, harus mengambil pandangan jujur mengenai kemajuan dan mutu kehidupan lebih baik yang dinikmati masyarakat sejak 50 tahun lalu di bawah Parti Tindakan Rakyat (PAP).
