Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

'Kami tidak 'berbahaya', bukan bahan ditertawa'

Feb 5, 2023 | 5:30 AM
MAMPU BERDIKARI: Cik Salamah mengendalikan gerai Kelab Heal seorang diri selepas menjalani program 'Back To Work' badan tersebut. Gerai yang memaparkan produk hasil kraftangan individu yang menghadapi isu kesihatan mental itu terletak di IMH. - Foto BM oleh KHALID BABA
MAMPU BERDIKARI: Cik Salamah mengendalikan gerai Kelab Heal seorang diri selepas menjalani program 'Back To Work' badan tersebut. Gerai yang memaparkan produk hasil kraftangan individu yang menghadapi isu kesihatan mental itu terletak di IMH. - Foto BM oleh KHALID BABA -

MASIH ramai lagi yang menganggap dirinya 'berbahaya' dan perlu dijauhi.

Malah, ini satu perkara yang kerap kali dialami Cik Salamah Khan ketika beliau berada di khalayak ramai.

Cik Salamah 38 tahun, mengalami ketidakupayaan intelektual ringan sejak kecil dan disahkan menghidap gangguan tekanan selepas trauma (PTSD) dan masalah kecelaruan atau 'dissociative disorder' pada 2011.

Disebabkan keadaannya itu, beliau juga pernah menjadi bahan tertawa sesetengah pihak sehinggakan sikap anggota awam seperti itu meninggalkan kesan mendalam pada emosi dan fikirannya.

Sejak dirujuk ke Kelab Heal - agensi perkhidmatan sosial yang membantu individu menangani isu kesihatan mental - pada 2015, Cik Salamah mula membina semula keyakinan serta daya tahan dalam mengharungi kehidupan di samping cabaran yang dialami.

Penglibatan dalam program anjuran Kelab Heal membuatkan beliau sedar bahawa stigma terhadap pesakit mental mencerminkan pengetahuan serta kesedaran cetek sesetengah anggota masyarakat berkaitan isu tersebut.

Ini membakar semangat Cik Salamah untuk menyumbang kepada usaha meningkatkan kesedaran orang ramai dan mengurangkan stigma terhadap pesakit mental sepertinya.

Selain berkongsi pengalaman bersama individu lain sepertinya melalui program seperti Our HEALing Voice' (OHV) (Suara Penyembuhan Kami) anjuran Kelab Heal, perjalanan Cik Salamah sebagai seorang pesakit mental turut diceritakan melalui sesi-sesi perkongsian di sekolah, institut serta melalui acara masyarakat dengan bantuan Kelab Heal.

Melalui program 'Back-to-Work' (Kembali Bekerja) Kelab Heal pula, Cik Salamah kini mengendalikan gerai 'push cart' Kelab Heal seorang diri, dan berharap untuk menunjukkan bahawa individu sepertinya mampu bekerja dan berdikari.

Katanya: "Saya ingin menunjukkan bahawa individu yang mengalami penyakit mental tidak menakutkan, ia sebenarnya seperti penyakit lain yang perlukan rawatan, ia hanya memerlukan tempoh yang lebih lama untuk diatasi."

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg